TERBARU - Plan DD SMI

Plan DD SMI ini telah diolah oleh Dyna Dollars atas permintaan sekumpulan ahli di luar negara dan telah bermula pada tahun 2009.

Memandangkan ada permintaan yang sama oleh ahli di Malaysia, Dyna Dollars telah bersetuju untuk membenarkan kita menggunakannya dengan bayaran sebanyak RM20.00 sahaja. Memandangkan plan ini hanya melibatkan SMI jadi bayaran Fast Start tidak wujud.

Pembelian kod adalah melalui Gold Cable Hosting Services dan ahli perlu membuat belian minima 5 kod (RM100.00). Untuk membeli kod individu, sila berurusan dengan pengenal anda.Anda perlu membayar ke akaun Gold Cable di Maybank - 5624 0560 1644.
Hantar email ke Gold Cable, goldcable08@gmail.com dan berikan butiran berikut; lokasi bank atau CDM, tarikh, masa dan jumlah yang dimasukkan,
Untuk permulaan ini, Kod Pendaftaran akan dihantar ke alamat email pendaftaran berpusat.

Sistem SMI
Perbezaan antara SMI biasa dan Plan SMI ini adalah seperti berikut;

  1. Ahli akan didaftarkan dalam jaringan 1 x 4 secara auto.
  2. Setiap ahli yang didaftarkan sudah mempunyai “maintenance” di dalam wallet mereka.
  3. Di Wallet, ahli hanya dapat melihat pendapatan SMI sahaja dan tiada kemudahan untuk Fund SMI kerana dalam plan ini ahli TIDAK perlu maintain secara manual.
  4. SMI akan diproses pada setiap 2hb sahaja dan untuk ahli di Malaysia, proses bayaran pertama akan bermula pada 2hb Februari 2014.
  5. Semua pendapatan ahli akan mempunyai 2 potongan mandatori, RM10.00 untuk maintain akaun sendiri dan 40% untuk menampung maintenance ahli-ahli di bawah yang masih belum ada pendapatan yang cukup untuk maintenance.
  6. Ahli TIDAK dikenakan syarat perlu ada maintenance untuk menerima bayaran.
Di Malaysia, jawatankuasa yang akan memantau plan ini telah bersetuju untuk meletakkan beberapa syarat supaya plan ini berjaya. Plan ini dinamakan TABUNG SMI.
  1.  Ahli akan didaftarkan TANPA menggunakan nama ahli tetapi hanya menggunakan angka giliran.
  2. Ahli perlu mengisi borang yang boleh diperolehi melalui pengenal dan serahkan kepada wakil GM untuk pendaftaran. 
  3. Ahli akan didaftarkan di Sistem Gerak Muafakat dan di Dyna Dollars.
  4. Pendaftaran di Sistem Gerak Muafakat ialah untuk membolehkan ahli melihat jaringan peribadi mereka dan memantau kemajuan jaringan masing-masing.
  5. Buat permulaan, pendaftaran akan dilakukan secara berpusat oleh jawatankuasa sebelum diserahkan kepada kumpulan masing-masing.
Selain syarat di atas, ahli yang ingin menyertai plan Tabung SMI ini perlu bersetuju dengan kaedah bayaran yang akan dilaksanakan di sini.
Tabung ini mempunyai 4 kumpulan ahli dengan tahap 1 hingga 3 yang mempunyai syarat tertentu;
Tahap 1 - Ahli yang telah mengenalkan 4 rakan dan mereka juga telah mengenalkan 4 rakan setiap seorang,
Tahap 2 - Ahli yang telah mengenalkan 4 rakan tetapi mereka masih belum lengkap mengenalkan 4 rakan setiap seorang,
Tahap 3 - Ahli yang telah mengenalkan rakan tapi belum sampai 4 dan
Tahap 4 - Ahli yang masih belum mengenalkan sesiapa.

Bagi ahli yang telah layak ke Tahap 1, mereka akan diberikan kod dan katalaluan (password) untuk akaun yang berada di kedudukan atas yang masih belum diserahkan kepada mana-mana ahli. Ini akan menjadi posisi kekal ahli kerana telah memenuhi syarat yang dikenakan.
Dengan itu, ahli boleh menguruskan pengeluaran pendapatan bulanan mereka. Pendapatan maksima ialah sebanyak RM12,000.00 bagi setiap akaun, setelah ditolak semua potongan seperti yang dinyatakan di Sistem SMI di atas.

Bagi ahli di Tahap 2 – 4, semua pendapatan bulanan akan dikumpul dan dibayar menggunakan kaedah berikut;
Ahli di Tahap 2 – akan menerima 50% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata,
Ahli di Tahap 3 – akan menerima 30% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata dan
Ahli di Tahap 4 – akan menerima 20% daripada jumlah yang dikumpul, dibahagi secara sama rata.


Ahli di Tahap 1 – mereka boleh mengeluarkan pendapatan mereka pada bila-bila masa.
Ahli di Tahap 2 – 4 akan dibayar pada 10hb.

Memandangkan program ini adalah sebahagian dari program Gerak Muafakat yang lebih besar, semua ahli akan dikenakan potongan pendapatan sebanyak RM100.00 SEKALI sahaja untuk dimasukkan ke dalam Tabung Am Gerak Muafakat atas nama ahli untuk menerima faedah jangkapanjang seperti keahlian koperasi.

Contoh Kiraan