Dyna Dollars sebagai satu sistem yang digunakan untuk
program sumbangan adalah satu sistem berkecuali yang boleh digunakan oleh
sesiapa sahaja untuk menyokong aktiviti mereka, khususnya yang tidak mempunyai
sistem sebagai tulang belakang aktiviti tersebut.
Sistem DD juga boleh menyokong aktiviti yang sudah
mempunyai sistem mereka tersendiri seperti MLM. Ini adalah kerana Sistem DD
tidak bersaing dengan sistem yang digunakan oleh syarikat MLM tersebut tetapi
adalah sistem komplementari yang membantu / menyokong supaya ahli-ahli MLM
tersebut mempunyai pendapatan yang membolehkan mereka untuk maintain pembelian
bulanan mereka.
Untuk mendapat faedah maksima dari mana-mana sistem,
seseorang ahli itu perlu memahami pelan pendapatan yang disediakan, khususnya
yang “tersirat”, maksudnya yang mungkin perlu penerangan.
Dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk jaringan,
“tugasan” berat adalah di peringkat permulaan. Ini akan diikuti oleh proses didikan
dan pemantauan serta sokongan kepada ahli-ahli yang baru menyertai jaringan
tersebut. Akhirnya sesorang ahli itu sepatutnya memberi tumpuan untuk mengurus
jaringan dengan mengambil peranan seorang pemimpin untuk mengemudi jaringan itu
ke arah aktiviti yang akan menyokong perkembangan jaringan tersebut.
Apabila telah lahir pemimpin-pemimpin baru dalam jaringan
itu, barulah seseorang ahli itu boleh bersara dan menikmati kehidupan yang
diimpikan. Ini hanya boleh dikecapi apabila rakan-rakan yang diajak untuk
menyertai Dyna Dollars juga mempunyai impian yang sama dan yang paling penting
FAHAM apa yang perlu dilakukan untuk mencapai impian tersebut.
Sistem Dyna Dollars adalah sistem yang paling mudah untuk
difahami kerana tidak mempunyai apa-apa kiraan yang sukar difahami. Apa yang
perlu difahami adalah;
1.
Berapa jenis pendapatan yang disediakan,
2.
Bagaimana pendapatan itu terhasil dan
3.
Berapakah pendapatan yang boleh dijana dengan
membuat andaian berapa besar jaringan yang ingin dibina.
Setelah memahami pelan pendapatan Dyna Dollars, dengan
perancangan dan strategi yang bersesuaian, menjana pendapatan akan menjadi
mudah. Sebahagian besar kejayaan seseorang itu bergantung kepada tahap
perancangan dan sekiranya perancangan itu rapi maka kadar kejayaan akan menjadi
tinggi.
Sesudah seseorang itu faham dan kemudian menyertai Dyna
Dollars, upline dan mereka yang telah “berjaya” dalam Dyna Dollars sepatutnya
membantu ahli baru ini untuk merancang sesuatu aktiviti yang bersesuaian dengan
minat dan kebolehan ahli tersebut.
Setiap seorang kita mempunyai impian baik dari segi kewangan
mahupun ingin memperjuangkan sesuatu niat yang murni. Masalahnya ialah mengajak
orang lain yang mahu berkongsi impian kita khususnya yang melibatkan
perancangan jangkapanjang.
Dengan itu, kita sebenarnya tidak perlu mengajak orang
lain menyertai perancangan kita kecuali yang memang berminat bersama-sama
melakukan apa yang kita lakukan.
Apa yang perlu dilakukan ialah menggalakkan rakan itu
mengembangkan impiannya dengan menggunakan Dyna Dollars. Dia juga tidak perlu
bersusah payah menerangkan ideologi dia kepada orang lain.
Akhirnya, tanpa disedari telah ada beratus orang yang
mempunyai impian masing-masing di dalam satu jaringan dan tanpa disedari mereka
telah saling membantu untuk merealisasikan impian masing-masing, walaupun impian
itu berbeza. Menakjubkan bukan?
Contoh: Seorang ahli yang ingin membeli motosikal secara
tunai menggunakan DD.
Dia tidak akan boleh membina satu jaringan besar yang
terdiri daripada orang-orang yang mahu membeli motosikal. Tetapi, beliau boleh
berkongsi cara dia ingin membeli motosikal dengan orang yang mahu melancong,
orang yang mahu menghantar anak ke IPT tanpa pinjaman PTPTN, orang yang mahu
mengedar kopi campuran yang menjadi kegemarannya, orang yang ingin membeli TV
plasma 60”, orang yang mahu membeli tablet PC dan sebagainya.
Tidak mudah untuk kita pengaruhi orang lain untuk
mengikut cara kita tetapi orang suka kalau kita dapat bantu dia melakukan /
memiliki apa yang dia suka.
Rahsianya ialah dengan bermula dengan sesuatu yang mudah
/ murah dan sesuatu yang ramai orang suka. Salah satu kejayaan yang boleh
dicontohi ialah kumpulan ahli yang berjaya memiliki tablet PC dengan hanya
menyumbang RM165.00 setiap seorang. Ramai yang telah memiliki tablet ini dan
sudah memulakan projek kedua yang agak besar nilainya. Maklumat lanjut boleh
diperolehi di blog: http://kelabgmex.blogspot.com/
Daripada projek tab ini, mereka upgrade kepada yang lebih
besar. Walaupun dalam jaringan yang sama, ada yang menggunakan pendapatan untuk
projek MLM mereka, ada yang menyertai kumpulan pelancongan domestik, ada yang
mempromosi kamera SLR yang bernilai tinggi dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan, pada masa ini memang agak sukar
untuk mengajak seseorang untuk menyertai sesuatu program tanpa bersandarkan
kepada aktiviti. Jadi, rancanglah sesuatu aktiviti dan gunakan DD sebagai
platform.
Bayangkan di level 1 anda;
Anda mempunyai 2 orang yang berminat untuk melancong,
1 orang yang mahu
membeli barang kemas,
2 orang yang berkecimpung dalam MLM,
1 orang yang mahu membeli motosikal.
Sudah ada 6 orang yang mempunyai matlamat tersendiri dan
mereka juga akan mempunyai jaringan mereka sendiri sepertimana anda membina
jaringan anda.
Asas kepada pendapatan yang berterusan ialah jaringan
yang “sihat” dari segi kelebaran jaringan dan jumlah level yang lengkap
kedalamannya. Ditambah dengan kemudahan “Placement” yang diberikan oleh DD,
penggunaan bijak kemudahan ini akan memberi manfaat jangkapanjang.
Dalam contoh yang disediakan di blog ini ialah mengenalkan 4 rakan di level 1. Ahli sebenarnya
bebas mengenalkan seramai mungkin di level 1 dengan syarat mampu membantu
ahli-ahli ini mengembangkan jaringan mereka pula.
Artikel seterusnya: Bagaimana Memaksimakan Pendapatan SMI
(Bulanan)